Wednesday, August 1, 2018

Interaksi Pertama

Bayi, kanak-kanak adalah satu fasa umur yang mengujakan. Kebanyakan orang suka bau bayi yang wangi, kulit bayi yang halus mulus, dan kanak-kanak yang mungil dan polos serta keletahnya yang menghiburkan. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dapat meningkatkan hormon feel good dalam badan dan mengurangkan stres. Ia juga memberi rangsangan yang bagus kepada bayi dan kanak-kanak dan membantu pertumbuhan emosi dan jasmani yang positif. Oleh itu, interaksi pertama dengan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan kedua-duanya.


Interaksi pertama ini bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak yang baru pertama kali berkenalan tetapi juga bayi atau anak-anak yang selalu kita jumpa contohnya anak sendiri di rumah sendiri.

Interaksi pertama yang dilakukan secara tekal dan berbagai untuk menarik perhatian anak akan menjadi satu alat komunikasi yang ampuh bagi membina hubungan yang istimewa di antara anak dan ibu bapa atau penjaga. Hubungan yang dibina dari sekecil-kecil gesture ini akan menambat hati anak dari awal lagi dan ia dapat memastikan hati anak dan hati ibu bapa atau penjaga bersatu.


No comments:

Post a Comment