Monday, August 13, 2018

Pengenalan

Bayi dan kanak-kanak adalah satu fasa yang fasa umur yang mengujakan. Kebanyakan orang terpesona dengan bau bayi yang wangi, kulit bayi yang halus mulus, kanak-kanak yang mungil dan polos serta keletah mereka yang menghiburkan.

Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dapat meningkatkan hormone feel good dalam badan dan mengurangkan stress. Ia juga memberikan rangsangan yang bagus kepada bayi dan kanak-kanak dan membantu pertumbuhan emosi dan jasmani yang positive.

Oleh itu, interaksi dengan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan mereka dan juga kita, orang dewasa.

E-book ini memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang penting dan perlu bagi interaksi pertama yang berjaya bila berdepan dengan bayi dan kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Interaksi pertama ini bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak yang baru pertama kali berkenalan tetapi yang lebih penting, bayi dan anak-anak yang selalu kita jumpa contohnya anak sendiri di rumah sendiri.

Di waktu pagi, apabila ibu bapa mengejutkan anak atau anak terjaga sendiri, sapaan pertama adalah amat penting untuk membangun jiwa anak agar terasa kehangatan kasih sayang ibu bapa.

Bab pertama mengenalkan tentang perkara yang perlu disiapkan di dalam diri seorang dewasa dalam menyantuni seorang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Perkara-perkara yang perlu disiapkan di dalam diri kita ini termasuk pemahaman tentang kanak-kanak dan terapan Akhlak Rasullulah saw.

Akhlak Rasullulah saw adalah yang paling tepat untuk dijadikan panduan kerana Rasullulah adalah contoh yang manusia terbaik. Akhlak yang di tunjuk oleh Nabi Muhammad saw dalam melayani dan menyantuni sesiapa sahaja tidak kira usia dan tempat mahupun pangkat. Akhlak yang di ambil dari Rasullulah saw ini ada empat dan bila dipraktis akan membentuk tapak yang kuat dalam hubungan kita dengan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun.

Bab kedua pula menggariskan perkara-perkara asas tentang perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak termasuk fitrah dan sifat kanak-kanak juga hak kanak-kanak.

Bab seterusnya menerangkan serba sedikit tentang energy kanak-kanak. Melalui ciri-ciri tertentu, kita dapat mengenalpasti energi kanak-kanak contohnya enargi introvert atau extrovert. Ini penting bagi memilih aktiviti seterusnya yang boleh dilakukan bersama-sama bagi interaksi seterusnya.

Bab keempat seterusnya menyelami SOP interaksi pertama.


Bab terakhir menyenaraikan aktiviti-aktiviti mudah yang kebanyakkannya tidak memerlukan apa-apa bahan atau materi. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah sangat ringkas tetapi member kesan yang sungguh menyeronokkan kepada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Interaksi positif membantu perkembangan social, pergerakan motor kasar, memantapkan sahsiah, meningkatkan keyakinan dan kemahiran bahasa kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment