Monday, August 13, 2018

Pengenalan

Bayi dan kanak-kanak adalah satu fasa yang fasa umur yang mengujakan. Kebanyakan orang terpesona dengan bau bayi yang wangi, kulit bayi yang halus mulus, kanak-kanak yang mungil dan polos serta keletah mereka yang menghiburkan.

Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dapat meningkatkan hormone feel good dalam badan dan mengurangkan stress. Ia juga memberikan rangsangan yang bagus kepada bayi dan kanak-kanak dan membantu pertumbuhan emosi dan jasmani yang positive.

Oleh itu, interaksi dengan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan mereka dan juga kita, orang dewasa.

E-book ini memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang penting dan perlu bagi interaksi pertama yang berjaya bila berdepan dengan bayi dan kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Interaksi pertama ini bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak yang baru pertama kali berkenalan tetapi yang lebih penting, bayi dan anak-anak yang selalu kita jumpa contohnya anak sendiri di rumah sendiri.

Di waktu pagi, apabila ibu bapa mengejutkan anak atau anak terjaga sendiri, sapaan pertama adalah amat penting untuk membangun jiwa anak agar terasa kehangatan kasih sayang ibu bapa.

Bab pertama mengenalkan tentang perkara yang perlu disiapkan di dalam diri seorang dewasa dalam menyantuni seorang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Perkara-perkara yang perlu disiapkan di dalam diri kita ini termasuk pemahaman tentang kanak-kanak dan terapan Akhlak Rasullulah saw.

Akhlak Rasullulah saw adalah yang paling tepat untuk dijadikan panduan kerana Rasullulah adalah contoh yang manusia terbaik. Akhlak yang di tunjuk oleh Nabi Muhammad saw dalam melayani dan menyantuni sesiapa sahaja tidak kira usia dan tempat mahupun pangkat. Akhlak yang di ambil dari Rasullulah saw ini ada empat dan bila dipraktis akan membentuk tapak yang kuat dalam hubungan kita dengan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun.

Bab kedua pula menggariskan perkara-perkara asas tentang perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak termasuk fitrah dan sifat kanak-kanak juga hak kanak-kanak.

Bab seterusnya menerangkan serba sedikit tentang energy kanak-kanak. Melalui ciri-ciri tertentu, kita dapat mengenalpasti energi kanak-kanak contohnya enargi introvert atau extrovert. Ini penting bagi memilih aktiviti seterusnya yang boleh dilakukan bersama-sama bagi interaksi seterusnya.

Bab keempat seterusnya menyelami SOP interaksi pertama.


Bab terakhir menyenaraikan aktiviti-aktiviti mudah yang kebanyakkannya tidak memerlukan apa-apa bahan atau materi. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah sangat ringkas tetapi member kesan yang sungguh menyeronokkan kepada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Interaksi positif membantu perkembangan social, pergerakan motor kasar, memantapkan sahsiah, meningkatkan keyakinan dan kemahiran bahasa kanak-kanak.

Senarai Rujukan

Heidi Anne Spietz, 1989. Modern Montessori At Home. California. American Montessori Consulting.

Maria Montessori, 1988. The Absorbent Mind. Oxford, England. Clio Press.

Maria Montessori, 1967. The Montessori Method. Massachusetts. Robert Bentley Inc.

David Gettman, 1987. basic Montessori; Learning Activities for Under-fives. Oxford, England. Clio Press.

Florence Littauer, 1999. Personality Plus. Petaling Jaya, Malaysia. Advantage Quest Publications.

Dr. Jonice Webb. drjonicewebb.com

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, 2016. 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi. Kuala Lumpur, Malaysia. PTS Publishing House Sdn Bhd.

2012, Al-Huda Terjemahan Al-Hidayah Al-Qu'ran Al-Karim dalam Bahasa Melayu.Kuala Lumpur, Malaysia. Al-Hidayah House of Qur'an Sdn Bhd.

Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi, cetakan 2017. Kuala Lumpur, Malaysia. Al-Hidayah Publication.

Buat Duit Bisnes Gerai

E-book Buat Duit Bisnes Gerai adalah satu eksplorasi ke dalam dunia penyediaan dan penjualan makanan. Penulis amat berpengalaman dalam niche ini dan pembaca didedahkan kepada banyak aspek yang berkaitan dengan bisnes gerai makanan.

Apabila kita sebut gerai makanan, apa yang terbayang dikepala ialah gerai tepi jalan. Setelah membaca e-book ini pemahaman saya tentang bisnes gerai telah berkembang. Model bisnes gerai boleh diluaskan untuk meliputi lunch dan dinner box, extended meals dan juga katering kecil-kecilan.

Bagi starter-ups, buku ini amat berharga kerana ia membahaskan pro dan kon berbisnes makanan dari rumah, berkongsi tip-tip dan pengalaman memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

Saya rasa sesuatu yang istimewa ialah penulis tidak lokek berkongsi resepi berniaga beliau yang meletop dan mempunyai permintaan tinggi.

InsyaAllah buku ini dapat menjadi inspirasi dan membakar semangat noobies yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes gerai.

Servis Menulis

Jalan menuju Cahaya Baitullah

Coretan penulis telah membawa saya melayang ke November 1993. Berumur 21 tahun pada waktu itu saya telah dijemput Yang Maha Lembut untuk mengerjakan umrah di musim sejuk. Istimewanya juga menempuh bulan Ramadan.

Perasaan saya menjadi sebak tatkala meniti bait-bait penulis bersolat di Raudhah. Seakan saya juga berada di sisi beliau dan sujud bersama beliau. Titik-titik air mata saya jatuh apabila penulis menyentuh tentang Rasullulah saw. Saya rindu... Sollu 'ala nabiy....

E-book Jalan Menuju Cahaya Baitullah ini sangat bagus sebagai panduan kepada bakal-bakal tetamu Allah. Apa yang akan anda dapat ialah:

1) Langkah-langkah memulakan jalan anda sendiri ke Baitullah. Tangan anda terasa seolah dipegang oleh seorang rakan karib yang menuntun anda sepanjang jalan.
2) Tips-tips praktikal yang sangat membantu dan senang difahami.
3) Amalan-amalan yang wajib dan sunat dalam bentuk anekdot-anekdot yang membuatkan kita senang mengingatnya
4) Perkongsian hati yang sangat tulus dan kongruen yang dapat menyentuh kalbu kita dengan halus sekali.

InsyaAllah e-book ini sangat bermanfaat buat kita yang baru mengorak langkah untuk berjalan menuju Allah. Semoga kita semua meredai dan diredaiNya. Aamiin yra.

Amaran

Amaran

1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara https://didikanakcarasunnah.blogspot.com

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, Mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika undang undang boleh dikenakan tindakan undang undang

4. Oleh itu hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui https://didikanakcarasunnah.blogspot.com atau mana mana pengedar online yang sah

5. Tindakan anda amat dihargai bagi membanteras kegiatan kegiatan sebegini

6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat

7. Bagi kalian yang mahu serta mengedar ebook ini boleh mendaftar sebagai pengurus online

Ikhlas

Yasmin Ismail
https://didikanakcarasunnah.blogspot.com/

Kurus dengan Eat Clean

Kurus dengan eat clean. Tajuk e-book ini sungguh catchy dan menarik perhatian saya. Walaupun saya bukanlah seorang diet fan, saya tertarik dengan e-book ini kerana ia tidak menjanjikan bulan, bintang dan matahari. Pendekatan e-book ini adalah simple dan tidak melewah-lewah. Bahasanya juga mudah diikuti dan terminologi yang tidak biasa kita dengar diterangkan dengan santai.

Banyak kesalahfahaman tentang ilmu diet dihuraikan dalam e-book ini yang sedikit sebanyak telah mengubah persepsi saya tentang dunia diet.

Teknik pengiraan BMR adalah suatu yang barubbagi saya kerana sebelum ini saya hanyahbiasa dengan pengiraan BMI.

Tips-tips pemakanan seimbang banyak ditekankan oleh penulis sebagai kunci bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi yang lebih utama memaksimakan tahap kesihatan.

Bahagian faveret saya dalam buku ini ialah bahagian resepi eat clean. Resipi yang ditampilkan adalah mudah, tak renyah dan tidak mengambil masa penyediaan yang lama.

Sebagai seorang ibu yang menjaga anggota keluarga seramai sebelas orang, ilmu dalam e-book ini menambah sudut pandang saya tentang pemakanan dan kesihatan.