Semasa menguruskan Tadika Tasnim, tiap-tiap hari saya berinteraksi dengan anak-anak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Di sebelah petang pula saya berinteraksi dengan anak-anak yang berumur antara 5 hingga 15 tahun yang datang untuk kelas mengaji dan 'homework help'.
Setiap kanak-kanak berperawakan berbeza.
Friday, August 3, 2018
Langkah pertama
Langkah pertama - bagaimana caranya?
Kalau dipejabat ada berbagai-bagai SOP yang menggariskan tatacara kerja kita, sama juga dengan interaksi dengan kanak-kanak. Ada SOP dan tatacaranya yang tersendiri.
Interaksi kita dengan anak-anak yang lebih dari umur 6 tahun adalah berbeza dengan anak-anak bawah 6 tahun. Ini kerana sistem bahasa dan pemikiran anak-anak bawah 6 tahun belum ada atau baru separa terbina dalam diri mereka. Oleh kerana keterbatasan ini, kita sebagai orang dewasa haruslah memahami dan menyesuaikan bentuk interaksi kita.
Sapaan pertama tidak semestinya berawalbdengan lisan. Bayi dan kanak-kanak perlu kepada bahasa tubuh pra-lisan.

Persiapan sebelum interaksi
Perkara asas yang perlu disiapkan di dalam diri kita dalam menyantuni seorang anak kecil adalah amat penting.
Perkara asas ini adalah empat akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw dalam melayani dan menyantuni sesiapa sahajastak kira usia dan tempat mahupun pangkat.
Akhlak yang dipamerkan oleh Baginda ini di ambil sebagai asas kerana akhlak ini akan membentuk tapak yang kuat dalam hubungan kita dengan anak-anak.
Empat akhlak yg perlu kita tanam dalam diri kita ialah:
1. Sifat hayyin
2. Sifat layyin
3. Sifat sahlin
4. Sifat akrabin

Wednesday, August 1, 2018
Contoh-contoh aktiviti mudah
1. Little game
2. Singing
3. Walking together in sync
4. Positive touch
5. Showing
6. Hand movements
7. Playing
8. Berbual
9. Animal noises
2. Singing
3. Walking together in sync
4. Positive touch
5. Showing
6. Hand movements
7. Playing
8. Berbual
9. Animal noises
Interaksi Pertama
Bayi, kanak-kanak adalah satu fasa umur yang mengujakan. Kebanyakan orang suka bau bayi yang wangi, kulit bayi yang halus mulus, dan kanak-kanak yang mungil dan polos serta keletahnya yang menghiburkan. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dapat meningkatkan hormon feel good dalam badan dan mengurangkan stres. Ia juga memberi rangsangan yang bagus kepada bayi dan kanak-kanak dan membantu pertumbuhan emosi dan jasmani yang positif. Oleh itu, interaksi pertama dengan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan kedua-duanya.
Interaksi pertama ini bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak yang baru pertama kali berkenalan tetapi juga bayi atau anak-anak yang selalu kita jumpa contohnya anak sendiri di rumah sendiri.
Interaksi pertama yang dilakukan secara tekal dan berbagai untuk menarik perhatian anak akan menjadi satu alat komunikasi yang ampuh bagi membina hubungan yang istimewa di antara anak dan ibu bapa atau penjaga. Hubungan yang dibina dari sekecil-kecil gesture ini akan menambat hati anak dari awal lagi dan ia dapat memastikan hati anak dan hati ibu bapa atau penjaga bersatu.

Subscribe to:
Posts (Atom)