Showing posts with label Bab 1: Persiapan Diri. Show all posts
Showing posts with label Bab 1: Persiapan Diri. Show all posts

Wednesday, August 8, 2018

Berdoa

Kemahiran keibubapaan harus dipupuk sejak sebelum kita menimang cahaya mata lagi. Ilmu keibubapaan banyak dikongsi oleh pakar kanak-kanak, guru-guru, pakar kekeluargaan, pakar psikologi dan juga ibu bapa cemerlang.

Satu perkara yang amat penting yang perlu diingat selalu oleh ibu bapa ialah kebergantungaan kita terhadap pertolongan dan bantuan Allah dalam mendidik anak-anak. Di dalam Al-Quran, Allah banyak memberi kita contoh-contoh keluarga yang bahagia seperti keluarga Nabi Ibrahim, keluarga Ali Imran dan juga keluarga Nabi Yusuf.

Lalu di dalam Al-Quran juga Allah mengajar kita doa-doa yang telah diamalkan oleh keluarga-keluarga cemerlang ini untuk kita juga amalkan supaya keluarga kita juga termasuk dalam kategori keluarga cemerlang.

Doa-doa dari Al-Quran ini saya nukilkan dari ceramah Pro-kids Ustaz Ebit Liew di Sekolah Rendah Al-Amin Gombak pada 5 Ogos 2018.

Doa Nabi Ibrahim
Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat;ya Tuhan kami, perkenanlah doaku. Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)
Surah Ibrahim: 40-41

Doa kebahagiaan keluarga
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.
Surah Al-Furqan: 74

Doa
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redai; dan berilah aku kebajikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim.

Surah Al-Ahqaf: 15

Selain dari doa dari Al-Qur'an, Nabi juga mencontohkan dalam sunah Baginda apabila mendoakan cucu-cucunya Hasan dan Husin sebagai pelindung bagi mereka ketika mereka kanak-kanak.

Doa Perlindungan Bagi Anak

Aku memperlindungkan mu berdua dengan kalimat Allah yang sempurna dari godaan syaitan, haiwan berbisa dan dari seluruh gangguan mata yang melukai.
Sahih Bukhari rahimahullah dari Ibnu Abbas r.a.

Friday, August 3, 2018

Persiapan diri - Akrabin

1. Orang yang akrab

2. Ramah diajak berbual

3. Menyenangkan orang yang di ajak berbual

4. Tidak acuh tak acuh atau berpaling

5. Wajah yang murah senyuman jika bertemu, wajah berseri-seri dan enak dipandang

Persiapan diri - sifat Sahlin

1. Orang yang baik hati dan memudahkan urusan

2. Tidak mempersulit sesuatu

3. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan

4. Tidak suka berbelit-belit

5. Tidak menyusahkan orang dan membuat orang lari dan menghindar

Persiapan diri - sifat Layyin

1. Orang yang lemah-lembut dalam perbuatan.

2. Tidak kasar, tertib dan ikut peraturan.

3. Tidak self-centred segalanya bertata rapi

4. Tidak galak suka memarahi orang yang berbeza pendapat

5. Sering bertoleransi

Persiapan Diri - Sifat Hayyin


Hayyin adalah sifat rendah diri dan tenang.

1. Orang yang mempunyai keteduhan zahir dan batin

2. Tidak senang marah-marah dan naik angin

3. Penuh pertimbangan dan conscientious.

4. Tidak memaki, melaknat dan mengamuk dalam apa jua keadaan.

Persiapan sebelum interaksi

Perkara asas yang perlu disiapkan di dalam diri kita dalam menyantuni seorang anak kecil adalah amat penting.

Perkara asas ini adalah empat akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw dalam melayani dan menyantuni sesiapa sahajastak kira usia dan tempat mahupun pangkat.

Akhlak yang dipamerkan oleh Baginda ini di ambil sebagai asas kerana akhlak ini akan membentuk tapak yang kuat dalam hubungan kita dengan anak-anak.

Empat akhlak yg perlu kita tanam dalam diri kita ialah:

1. Sifat hayyin

2. Sifat layyin

3. Sifat sahlin

4. Sifat akrabin

Wednesday, August 1, 2018

Interaksi Pertama

Bayi, kanak-kanak adalah satu fasa umur yang mengujakan. Kebanyakan orang suka bau bayi yang wangi, kulit bayi yang halus mulus, dan kanak-kanak yang mungil dan polos serta keletahnya yang menghiburkan. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dapat meningkatkan hormon feel good dalam badan dan mengurangkan stres. Ia juga memberi rangsangan yang bagus kepada bayi dan kanak-kanak dan membantu pertumbuhan emosi dan jasmani yang positif. Oleh itu, interaksi pertama dengan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kebaikan kedua-duanya.


Interaksi pertama ini bukan sahaja untuk bayi dan kanak-kanak yang baru pertama kali berkenalan tetapi juga bayi atau anak-anak yang selalu kita jumpa contohnya anak sendiri di rumah sendiri.

Interaksi pertama yang dilakukan secara tekal dan berbagai untuk menarik perhatian anak akan menjadi satu alat komunikasi yang ampuh bagi membina hubungan yang istimewa di antara anak dan ibu bapa atau penjaga. Hubungan yang dibina dari sekecil-kecil gesture ini akan menambat hati anak dari awal lagi dan ia dapat memastikan hati anak dan hati ibu bapa atau penjaga bersatu.