Oleh itu kita sepatutnya lebih memahami dunia kanak-kanak dan fitrahnya kerana kita pernah berada di zaman itu, berbanding dengan dunia dewasa atau orang tua. Walaupun begitu, ramai dari kita yang berasa sukar untuk memahami fitrah kanak-kanak. Apakah yang membuat kita berasa demikian?
Rata-rata kita sebagai orang dewasa telah terlupa akan fitrah kita semasa kita berumur dibawah 3 tahun. Ada juga di antara kita yang hanya mengingati zaman kanak-kanak kita dari umur 4, 5 atau 6 tahun. Jadi wajarlah kita seakan kehilangan kata-kata bila ditanya tentang fitrah kanak-kanak bawah 3 tahun.
Perkara penting yang perlu kita tanamkan dalam pemahaman kita ialah kanak-kanak mempunyai dua sifat yang memang wujud secara fitrah sebagai naluri yang dianugerahkan Tuhan. Dua anugerah tersebut ialah bersemangat (enthusiastic) dan sentiasa senang hati (joyful).
Maria Montessori, di dalam bukunya The Absorbent Mind, mengusulkan pengamatan beliau bahawa kanak-kanak di bawah usia 3 tahun mempunyai minda yang tidak boleh dipengaruhi oleh orang dewasa. Maksudnya kanak-kanak dari lahir hingga 3 tahun cenderung membuat perkara-perkara dengan sendiri tanpa disuruh atau dipaksa. Kalau dilarang juga mereka seolah-olah tidak termakan larangan kerana jenis minda mereka belum boleh dipengaruhi oleh orang lain.
Setelah fasa minda tidak boleh dipengaruhi barulah kanak-kanak menginjak ke minda yang boleh dipengaruhi orang lain pada usia 3 tahun hingga 6 tahun. Kedua-dua fasa ini pula adalah termasuk dalam fasa absorbent mind iaitu minda menyerap.

No comments:
Post a Comment